Semua maklum vitamin E baik untuk kulit, tapi tak ramai mampu jelaskan bagaimana vitamin E berfungsi -- vitamin E adalah antioksidan yang melindungi dan membaik pulih kulit anda. Antioksidan adalah agen yang meneutralkan kesan oksidan radikal bebas, iaitu molekul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kulit kering, bergaris halus dan berkedut.
Contoh nyata kesan radikal bebas adalah buah epal selepas kita makan separuh. Bahagian yang belum dimakan akan berubah warna, kecut, dan kelihatan rosak. Itulah kesan radikal bebas kalau nak tau.
Satu penerangan ringkas dari sudut kimia boleh jelaskan bagaimana vitamin E membantu. Atom yang membina tubuh anda cuba untuk mengekalkan bilangan elektrok yang genap -- itu yang membuatkannya stabil. Jika ada atom yang mempunyai bilangan elektron yang ganjil, ia akan ambil elektron dari atom lain supaya stabil.
Apabila kulit anda menghadapi serangan dari faktor luaran seperti sinaran ultraungu, badan anda akan menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas adalah atom dengan jumlah elektron yang ganjil, dan bila ia terbentuk di dalam tubuh anda, ia akan mengambil elektron dari sel sihat conyohnya sel kulit anda. Ini boleh mengakibatkan kesan kerosakan berantai, dan di sinilah antioksidan seperti vitamin E diperlukan.
Antioksidan meneutralkan radikal bebas dan menghalang berlakunya kerosakan selular. Vitamin E adalah salah satu daripada aktioksidan paling kuat, tetapi badan anda tidak boleh menghasilkannya, yang bermaksud anda perlu memastikan anda mendapat cukup nutrisi yang berharga ini dalam diet anda. Memakan makanan yang tinggi kandungan vitamin E atau mengambil supplement Shaklee Vita-E Complex dengan Selenium dan ekstrak biji anggur jika sukar memenuhi keperluan vitamin E melalui makanan boleh membantu menghalang penuaan kulit pra-matang dan kerosakan terhadap DNA anda.
Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang juga mampu mengurangkan kesan sunburn kesan dari terdedah kepada radiasi UVB. Tapi ini tak bermaksud memakan atau menyapu vitamin E pada kulit membolehkan anda berjemur di bawah panas terik matahari, tetapi ia dapat membantu kulit anda kekal lebih sihat dan lebih lembut dengan memastikan anda memperoleh bekalan vitamin antioksidan yang mencukupi.
Bagaimana Vitamin C Memberi Manfaat Pada Kulit?
Telah beradad sejak pelayar Beritish menemui kunci untuk mengelakkan penyakit kudis iaitu dengan vitamin C. Anda mungkin membesar dengan teori pengambilan vitamin C yang mencukupi akan dapat menangkis selsema dan jangkitan lain, tetapi sekarang kita semua sudah maklum yang vitamin C mungkin tak memainkan peranan besar dalam menghalang selsema. Bagaimanapun, ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan kulit anda.
Pelayar-pelayar tersebut dan mereka yang tak dapat buah-buahan dan sayur-sayuran segar menderita pendarahan bawah kulit, ulser, dan sakit sendi. Ini kerana vitamin C, juga dikenali asid absorbik, adalah kunci kepada penghasilan kolagen, sejenis protein yang membantu perkembangan sel dan salur darah serta melembutkan dan menguatkan kulit.
Vitamin C juga membantu membina sel menghilangkan parut dan penghasilan kolagen untuk ligamen, dan ia juga membantu kulit membaik pulih sendiri (tanpa bantuan krim dan gamat contohnya).
Vitamin C adalah antioksidan yang memperlahankan kerosakan akibat radikal bebas--radikal bebas adalah molekul yang tidak stabil yang merosakkan kolagen dan penyebab kulit kering, garis halus, dan kedutan wajah. Penyelidikan terbaru menemui asid absorbik 2-fostat dari Vitamin C, bukan sahaja meneutralkan radikal bebas, malah juga memulihkan kerosakan DNA.
Kajian mencadangkan vitamin C juga mampu mengurangkan kesan selaran matahari yang disebabkan pendedahan terhadap radiasi sinar ultraviolet B dan mencegah kesan jangka panjang pendedahan kepada cahaya matahari yang boleh mengakibatkan kanser kulit.
Bagaimanapun ini tak bermaksud anda boleh makan vitamin C atau sapu vitamin C pada kulit dan berjemur di bawah terik matahari, tetapi ia boleh membantu kulit anda sihat dan lembut melalui pengambilan mencukupi vitamin antioksidan ini.
Cik Jue Satria kita ni makan vitamin E dan vitamin C Shaklee ni dah sebulan. Ni la hasilnya. Menarik tak?
Kredit : http://www.freevitamin.my/2014/01/testimoni-set-kecantikan-shaklee.html#.VHwp-9KUdST
kredit: http://melschaonlineshop.blogspot.com/p/testimoni.html